Yahya Ayyash

Salam. Setelah di bincangkan bersama, saya dan isteri menamakna anak pertama kami Yahya Ayyash . Moga menjadi mujahid penerus generasi dakwah & menjadi qurratun ‘ayun utk abi & mami. Sedikit nukilan biografi Yahya Ayyash dari blog us Abdul Halim Abdullah:

 

Beliau pemuda yg hatinya diilhamkan Allah dengan nur yg memberkati ini. Beliau mewaqafkan seluruh jiwannya untuk Palestine dan Islam. Bertarung untuk mendapatkan kebebasan dan maruah yg telah diragut pada awal abad ke-20 oleh bangsa, bangsa Yahudi Laknatullah.

Ceritanya bermula di Rafah, tempat kelahiran seorang pejuang Islam yg menghambakan seluruh hidupnya untuk mendapatkan syahid Allah. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang biasa pada 3 Mac 1966.

Pada hari tersebut menyaksikan lahirnya Hero umat Islam yang bakal menggemparkan bangsa Yahudi. “Hero” umat Islam ini dinamakan dengan nama Yahya Ayyash. Yahya bermaksud untuk hidup manakalaa Ayyash bermaksud seseorang yg menjalani kehidupan yg . Bertepatan dengan namanya, beliau telah hidup dihatiku dan hati2 umat Islam dalam jangkamasa yg lama dan namanya akan terus mekar seiring masa berjalan walaupun hayatnya di dunia ini tidaklah sepanjang namanya.

Engineer yang Genius

Ayyash menamatkan persekolahan menengah atasnya di Rafah dengan keputusan yg cemerlang dan melayakkannya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang engineering di Beit Zeit Univertsity. Ayyash menerima ijazah Electrical Engineering pada tahun 1988 ketika umurnya 22 tahun. Ayyash pada asalnya mahu melanjutkan pelajaran ke bidang master di luar negara tetapi rejim Zionis menghalangnya dari berbuat demikian.

Dia kemudiannya melibatkan diri secara aktif dalam Briged Izzudin Al-Qassam dimana beliau menyumbangkan kepakaran dalam membuat bahan letupan dari bahan2 mentah yg mudah didapati di Palestine. Beliau adalah orang yg bertanggungjawab terhadap teknik “bom syahid” dalam peperangan menentang rejim Zionis.

Seorang Lelaki yang sederhana

Sesiapa yg berkesempatan bertemu dan berbicara dengan Ayyash akan mengatakan bahawa belau adalah seorang biasa yg cintakan keluarganya, jiran tetangganya dan tanah air tumpah darahnya. Setiap insan yg mengenali ayyash akan mencintainya kerana beliau adalah model seorang yg sederhana dan senang menolong orang yg memerlukan. Dengan melihat matanya sahaja kita dapat mengetahui bahwa beliau adalah seorang yg rendah diri dan sederhana. Dalam jiwanya bagaimanapun tersembunyi cita2 besar dan murni seorang lelaki.

The Engineer – Bapa Operasi Syahid

Ayyash adalah individu utama disebalik operasi-operasi syahid untuk mengajar regim Israel atas serangan tidak berperikemanusiaan mereka keatas orang awam. Apabila Baruch Goldstein, syaitan bertopengkan manusia berbangsa Yahudi membunuh lebih dari 30 orang Palestin ketika mereka sedang khusyuk bersolat di Masjid Al-Ibrahimi di Bandar Khalil, Hamas berazam untuk membalasnya ke atas pihak zionis.

Beberapa minggu selepas pembunuhan kejam keatas jemaah yang sedang solat tersebut, beberapa serangan dilakukan keatas pihak-pihak zionis. Pihak kerajaan Zionis kemudiannya mendapat maklumat bahawa Ayyash adalah dalang disebalik semua serangan balas, dalm sekelip mata Yahya Ayyash menjadi individu di tangga teratas most-wanted list rejim Zionis. Hidup dalam buruan menyebabkan Ayyash terpaksa hidup berpindah randah dalam masa tiga tahun. Dalam tempoh persembunyiannya, belaiu telah menyamar sebagai seorang Rabi Yahudi (seperti Paderi Kristian), dan penyamarannay ternyata berkesan kerana rejim Zionist gagal mengesan beliau sehinggalah maklumat dating dari pihak Islam sendiri.

Disebabkan keazamannya menentang musuh2 Allah, mereka telah memberikannya gelaran “The Engineer” (Al-Muhandis didalam Arab). Amat penting untuk dinyatakan disini bahwa pihak musuh yg memberikan beliau gelaran ini dan bukan orang2 Palestine ataupun Hamas.

Ayyash bukanlah seorang yg pengecut kerana bersembunyi dari pihak Zionis tetapi tempoh persembunyiaannya itu digunakan sebaik mungkin untuk melatih pemuda-pemuda Palestin untuk membuat senjata dan bom menggunakan bahan-bahan asas yg boleh ditemui di bumi Palestin.

Seorang Yang Menunaikan Kesaksiannya

Pada Jumaat, 5 Februari, ombak di laut menggulung tinggi dengan ganas, angin bertiup dengan sunyi dan tenang, manusia bergegas kesana sini, mereka semua tahu bahwa sesuatu yg buruk mungkin telah berlaku. Secara tiba2 sekumpulan lelaki melaungkan Ayyash terbunuh! Ayyash di terbunuh! Seluruh masyarakat Palestin terdiam, tergamam, terkejut….mereka menangis di jalan-jalan, di dalam kereta-kereta, di balkoni-balkoni, dan di dalam bilik-bilik mereka. Kanak-kanak kecil meninggalkan sekolah untuk mencari tempat untuk melepaskan kesedihan mereka akibat kematian seorang hero. Ayyash dibunuh oleh bangsa Yahudi Laknatullah. Setiap makhluk bersedih dan marah, pokok-pokok kelihatan menahan kemarahan, burung-burung berterbangan tidak tentu hala akibat kemarahan yg amat sangat, angin berhenti bertiup dan gelombang-gelombang di lautan terhenti. Hanya bangsa Zalim dan kejam kelihatan gembira meraikan kematian Ayyash. Syahidnya Yahya Ayyash adalah dengan strategi pihak Zionist yg bekerjasama dengan kenalannya yang meletakkan bom di dalam telefon bimbitnya.

Dengan kematian Ayyash, rejim zionis menyangka bahawa tiada lagi penentangan terhadap rancangan dajjal mereka, tetapi ternyata mereka adalah bangsa yg bodoh dan pengecut, dengan syahidnya Ayyash, beribu-ribu Ayyash lain muncul untuk menyekat kemaraan mereka.

Seorang Pengganas ?

Ayyash bukanlah seorang pembunuh besar-besaran seperti yg dilakukan Sharon di Sabra dan Shatila. Dia mempunyai kemampuan untuk meletakkan 100kg TNT di dalam panggung wayang atau di mana sahaja tempat yg mempunyai ramai orang awam. Dia juga mampu meranapkan sebuah menara dengan meletupkan sebuah van yg sarat dengan TNT dibawahnya. Walaubagaimanapun, beliau tidak melakukannya kerana Islam tidak mengajar supaya pembelanya membunuh kanak2 dan wanita2. Namun apabila musuh melakukannya dahulu, adakah berdiam diri sahaja tindakan kita ?….Akibat kematian Ayyash, Briged Izzudin Al-Qassam (sayap Hamas) telah melancarkan operasi besar2an yg mana salah satunya berjaya membunuh 20 orang tentera Yahudi. Hamas menyatakan bahwa ianya hanya permulaan untuk membalas tindakan Zionist tersebut. Seorang pemberita Yahudi melaporkan “Yahudi terpaksa membayar harga yg tinggi terhadap pembunuhan seorang lelaki yg dikenali sebagai “The Engineer”, empat serangan balas dalam masa tujuh hari membunuh puluhan tentera dan mengubah scenario politik Israel.

Pemergian Ayyash yang dianggap akan melemahkan umat palestine ternyata meleset. Malah kematian Ayyash menguatkan lagi semangat jihad umat Islam Palestine. Ternyata Kekuatan umat bukanlah bergantung kepada ketua mereka atau guru mereka tetapi kepada iman dan ketaqwaan umat tersebut.Mari kita sama menilai diri kita, adakah kita mempunyai iman sekuat mereka untuk membela dan mengembalikan kegemilangan Islam. I/Allah sama-sama kita renungkan.

Terimalah qadha dan qadhar Allah

“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak ada juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah” (Hadid: 22)

Tinta pena telah mengering, lembaran-lembaran catatan ketentuan telah di simpan, setiap perkara telah di putuskan dan taqdir telah di tetapkan. Maka…

“Katakanlah: “Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal” (Taubah: 51)

Apa yang membuat kita benar tidak akan membuat kita salah. Sebaliknya, apa yang membuat kita salah tidak akan membuat kita benar. Begitulah ketentuan Ilahi.

Jika keyakinan tersebut tertanam kuat pada jiwa kita dan kukuh bersemayam dalam hati kita, maka setiap bencana akan menjadi kurnia, setipa ujian menjadi anugerah, dan setiap peristiwa menjadi penghargaan dan pahala.

“Siapa yang di kehendaki Allah menjadi baik, nescaya Allah akan memberinya ujian” (Hadis)

Oleh yang demikian, jangan kita merasa gundah dan bersedih di sebabkan suatu penyakit, kematian yang semakin dekat, kerugian harta, atau rumah terbakar. Betapa apapun, itu semua merupakan sesuatu yang telah di takdirkan oleh Allah dan semua yang telah tertulis di lauh mahfuz Allah pasti akan terjadi. Kita tidak punyai pilihan lain, selain menerima takdir itu kerana Allah lah yang berhak menentukan. Dengan adanya ujian dan cubaan, kita mendapat pahala andai bersabar dan menjadi kafarah dosa kita yang lepas. Maka berbahagialah orang-orang yang tertimpa musibah atas kesabaran dan kerelaan mereka terhadap Yang Maha Mengambil, Maha Memberi, Maha Mengekang lagi Maha Lapang.

“Dan tidak di persoal tentang apa yang diperbuatNya dan merekalah yang akan dipersoal” (Anbiya’:23)

Saraf-saraf anda akan tetap tegang, kegundahan jiwa anda tidak akan reda, dan kecemasan di dada anda tidak akan pernah sirna sebelum anda benar-benar beriman terhadap qadha dan qadar. Tinta pena telah mongering bersama dengan semua hal yang kita aka tempuhi. Maka, jangan biarkan diri anda larut di dalam kesedihan; jangan mengira diri kita sanggup menahan tembok yang akan runtuh, membendung air yang akan meluap, menahan angin agar tidak bertiup atau memelihara kaca agar tidak pecah. Adalah tidak benar apabila semua itu dapat terjadi dengan kudrat kita, kerana apa yang telah di gariskan oleh Allah akan berjalan dan semua keputusan akan terlaksana.

“Dan katakanlah: “Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir.” Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek” (Kahfi:29)

Maka sesungguhnya, kita hanya mampu berdoa dan berusaha atau mungkin merancang untuk kesejahteraan hidup kita namun di akhirnya ketentuan Allah SWT yang Maha Merancang akan medahului kita. Untuk itu, janganlah terlalu bersedih. Bersyukur dan segala nikmat Allah dan bersabar atas ujian yang menimpa.

Kebahagiaan mudah di raih

Di antara nikmat yang terbesar adalah kegembiraan, ketenteraman dan ketenangan hati. Ini adalah kerana di dalam kegembiraan hati itu terdapat keteguhan fikir, produktiviti yang bagus dan keriangan jiwa.

Ramai orang mengatakan, “Kegembiraan merupakan seni yang dapat dipelajari”. Barangsiapa yang mengetahui cara menghasilkannya, tentu akan dia merasa mudah meraihnya dan dapat memanfaatkan pelbagai kenikmatan dan kemudahan hidup, serta mampu menjadikan apa yang berada di sekitarnya sebagai sarana dalam mencapai kebahagiaan hidup. Adapun perkara utama untuk meraih kebahagiaan adalah dengan meningkatkan daya ketahanan jiwa, tidak mudah goyah oleh goncangan-goncangan, tidak gentar dengan pelbagai peristiwa yang menerpa dan tidak sibuk memikirkan perkara-perkara yang kecil dan remeh.

Semakin kuat dan jernih hati seseorang, maka akan semakin bersinar pula jiwanya. Hati yang sentiasa diliputi kekhuatiran, lemah tekadnya, rendah semangat, dan sering berada di dalam kegelisahan akan selalu di liputi dengan kecemasan, kedukaan dan kesedihan. Oleh sebab itu, barangsiapa membiasakan jiwanya bersikap dengan kesabaran dan tahan terhadap segala perkara yang mencemaskan, nescaya setiap goncangan dan tekanan akan terasa ringan.

Jika seorang pemuda meningkatkan ketahanan diri, maka segala sesuatu akan berlalu dan yang tersisa hanya kebahagiaan. Di antara musuh utama kegembiraan adalah wawasan yang sempit, pandangan yang cetek, dan egoism dan sikap melupakan keadaan alam seisinya tanpa mengambil pelajaran daripadanya.

Dan Allah menyifatkan mush-musuhNya sepertimana berikut: Kemudian setelah kamu di timpa kesedihan, Dia menurunkan rasa aman kepadamu (berupa) kantuk yang meliputi segolongan dari kamu, sedangkan segolongan lagi telah di cemaskan oleh diri mereka sendiri; mereka menyangka yang tidak benar terhadap Allah seperti sangkaan jahiliah. Mereka berkata, “Adakah sesuatu yang dapat kita perbuat dalam urusan ini?” Katakanlah (Muhammad), “Sesungguhnya segala urusan itu di tangan Allah. “Mereka menyembunyikan dalam hatinya apa yang tidak mereka terangkan kepadamu. Mereka berkata, “Sekiranya ada sesuatu yang dapat kita perbuat dalam urusan ini nescaya kita tidak akan di bunuh (di kalahkan) di sini.”

Katakanlah (Muhammad), “Meskipun kamu ada di rumahmu, nescaya orang-orang yang telah ditetapkan akan mati terbunuh itu keluar (juga) ke tempat mereka terbunuh.” Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada di dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada di dalam hatimu. Dan Allah Maha Mengetahui isi hati (Ali-Imran:154)

Orang-orang yang berfikiran sempit, sentiasa melihat dunia ini menurut perspektif mereka sendiri. Mereka tidak pernah memikirkan pandangan orang lain, mereka merasa hidup hanya untuk kepentingan diri sendiri dan sama sekali tidak memperhatikan, tetapi suatu saat kita peru menyisihkan waktu untuk menyibukkan diri dengan sesuatu kepentingan yang harus kita lakukan secara peribadi dan menjauhkan diri dari orang lain untuk menyembuhkan luka, dukacita, dan kesedihan kita. Maka dengan demikian kita akan meperolehi dua perkara sekaligus iaitu kebahagiaan diri dan kebahagian orang lain.

Sirah Muzikal 2010

assalamualaikum..

hebahan untuk semua

InsyaAllah satu program kesenian dari Persatuan Belia Islam Nasional yang akan menemui anda semua akan berlangsung tak lama lagi..
1 program yang menyediakan pementasan teater sejarah jatuh bangunnya tamadun islam diperhebatkan dengan persembahan bertenaga artis nasyid tanahair..
mempersembahkan..
SiRAH MUZIKAL 2010
Merentas Kegemilangan Ummah
klik poster utk besarkan
untuk pendaftaran tiket online :

program yang membentangkan sebuah sejarah yang hebat….

dari permulaan kedatangan Islam di Mekah..perkembangan di Madinah..merentas arus..terus…

kepada kejayaan dan kegemilangan Islam pada  zaman kebangkitan kerajaan Islam Umayyah & Abbasiyyah..

sehinggalah kejatuhan satu persatu wilayah dan kerajaan Islam..dan detik2 terakhir kejatuhan Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924..

dan apa terjadi di akhirnya sehingga sekarang?

apa tindakan kita untuk mengkaji dan menelusuri sejarah silam kita semua yang gemilang?adakah kita lupa kita ada tanggungjawab yang besar untuk mengembalikan kegemilangan tersebut?

apa tindakan yang perlu kita lakukan?apa yang telah kita usahakan?atau jadilah kita seperti singa yang kehilangan taringnya….

temui semuanya di SiRAH Muzikal 2010,Dewan Auditorium D8,Blok D8,Kompleks D,Bangunan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 1,Putrajaya [bersebelahan JAKIM & Kementerian Luar Bandar]..

Untuk keterangan lanjut dan tempahan sila hubungi :

Syauqi :013-3078097
Hamdan : 013-6286991
Rosezalina : 013-6784972

Belajarlah dari Air

Kita ini tak ubah seperti air. Air sungai sentiasa mengalir. Jangan sesekali diam kerana air yang tidak mengalir akan menyebabkan bau tak enak dan mengundang perbagai penyakit contohnya ; demam denggi yang berpunca dari pembiakan nyamuk aedes di kawasan air yang bertakung. Begitulah diri kita, apatah lagi yang mengaku dirinya seorang muslim. Kita dituntut untuk sentiasa bergerak (berusaha). Tentu sahaja bergerak di sini bukan hanya mengejar keperluan diri semata-mata.

Tetapi,berfikir dan berbuat untuk orang lain sangat perlu sepert kata Sayyid Qutb Continue reading

Kegopohan dalam Beramal

Pernahkah anda menonton sukan lumba kereta Formula One yang terkenal?
Kalau kita perhatikan setiap kereta lumba yang mengambil bahagian akan
berhenti pada setiap pusingan di tempat yang dinamakan pitstop. Kenapa
perlu berhenti? Bukankah ini akan melambatkan seterusnya mengakibatkan
kekalahan yang mengecewakan? Tidak. Setiap kereta perlu berhenti untuk
mengisi minyak, menukar tayar yang baru serta memeriksa sebarang
kerosakan pada bahagian kereta. Sekalipun sebuah kereta lumba memiliki
kemajuan teknologi yang terkini dan paling canggih di dunia, kereta
itu perlu juga berhenti di pitstop. Itulah fitrah Continue reading

Demi kerana CINTA

“Abang, kita ke kedai sekejap lagi. Ada barang rumah hendak di beli. Kita makan di luar sekali ye” pinta si isteri.

Tersentak si suami daripada lamunan mimpi di atas sofa empuk. Kesibukan kerja sejak dari pagi tadi telah membuatkan si suami tertidur di sofa tanpa di sedari oleh si isteri.

“Ok, jom siap,” jawab si suami.

Badan sudah keletihan, tapi di gagahi juga oleh si suami untuk memenuhi permintaan mulia si isteri. Jika di turutkan tuntutan tubuh, esok sahajalah beli dan makan di rumah sahajalah. Si suami merenung seketika, mengenangkan kembali siri pengorbanan si isteri selama pernikahan mereka.

***

Makan malam sudah tersedia Continue reading

Menjadilah wanita solehah [zaujati]

Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, Kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau. Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki.

“Seorang manusia bergelar nabi, manusia lelaki pertama dicipta Allah, pernah menghuninya. Dia dimuliakan Continue reading

Solat sebagai Penawar Hati

Stress atau tekanan dalam kehidupan merupakan suatu yang fitrah bagi setiap manusia. Cuma perbezaan di antara seorang dengan seorang yang lain adalah bagaimana seseorang itu menguruskan tekanan tersebut dengan sebaikya. Entri kali ini tidak akan bercakap berkenaan tips-tips menguruskan tekanan cuma hanya akan menyentuh sesuatu ‘key point’ yang kadang-kadang kita sebagai muslimin terlupa. Kita sibuk menguruskan tekanan kita dengan pelbagai cara yang di cipta oleh manusia lain malah ada yang mengambil untuk membunuh diri bagi melarikan diri dari stress. Sebagai muslim ada satu tips selepas pelbagai usaha lain yang kita ikhtiarkan yang boleh membantu kita dalam menghadapi stress dengan baik – solat.

“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar” (Baqarah: 153)

Apabila ketakutan meliputi kita Continue reading

Wahai Adikku [SQ kepada HQ]

Di saat kita hanya berfikir untuk hidup bagi diri sendiri, terasalah oleh kita bahwa kehidupan ini begitu sempit dan pendek.. dimulai dari kelahiran kita dan berakhir semasa kematian, berangkat dari pertama kali kita digelarkan di atas bumi dan kembali ke bumi lagi.

Tetapi adikku..

Jika hidup kita untuk akidah dan untuk orang lain, maka terasalah hidup ini cukup luas dan panjang. Ia lahir bersama dengan kemanusiaan dan hanya akan mati setelah roh terlepas dari jasad kasar ini, berpisah dengan bumi. Kita akan merasa sangat berbahagia dan puas. Umur kita berlipat ganda melebihi jumlah angkanya, walaupun ia lebih kecil dari hitungan tahunnya. Itulah kebahagiaan yang hakiki, bukan kebahagiaan fantasi. Dalam kehidupan yang seperti Continue reading