Post Kobanna: Kenapa ISMA membincangkan isu ini?

Alhamdulillah, sudah hampir seminggu Kobanna berlalu, bermacam-macam komen yang saya dpt baca sama ada di alam cyber atau di dunia nyata.

Antara yang saya tergerak utk respon ialah soalan di atas. apa kaitan ISMA sbg sebuah NGO Islam dalam isu Agenda bangsa, dan apa kaitan agenda bangsa dengan Hassan Al-Banna.

Saya mahu menjawab persoalan ini dengan melihat evolusi ISMA itu sendiri, sejak saya mengenali ISMA. Semoga dengan ini, mereka yang agak asing dengan ISMA dapat melihat ke mana hala tuju ISMA dan apa penyelesaian yang kami bawa untuk umat ini.
Continue reading

Mawar Kecil [3]

Satu tepukan lembut memutuskan renungan Furqan. Eliana menatapnya penuh tanda tanya. Furqan tersenyum nipis.

“Abang tak dapat tidur, penat sangat rasanya. Tadi bersih-bersihkan komputer”, jelas Furqan sebelum Eliana sempat membuka mulut.

“Abang nak Eliana picit? Atau abang nak minum?” tawar Eliana sambil bersiap sedia untuk bangun.

“Tak payahlah. Abang, nak solat. Insya Allah lepas ni lebih bersemangat” Furqan menepuk bahu isterinya dan bergegas ke bilik mandi.
Continue reading

Mawar Kecil [2]

(sambungan)

“Mengapa dia? Enta mahukan akhawat yang macam mana?InsyaAllah ana akan carikan. Yang kaya? Yang cantik? Yang cerdas? Yang sudah bekerja?” tanya Ustaz Azrin.

“Asif, ustaz, ana sudah ada pilihan”, tegas Furqan .

“Akh Furqan, akhawat kita yang sudah berumur dan sudah bersedia berkahwin, ramai. Mereka menunggu kamu semua, para ikhwah. Enta tahu, secara kuantitinya, perkembangan pengkaderan ikhwah dan akhawat, selalunya lebih ramai di kalangan akhawat. Sebab itu, seharusnya setiap ikhwah bersedia untuk berkahwin dengan mereka”, jelas Ustaz Azrin sabar.

“Eliana memang tidak seperti akhawat-akhawat lain, tapi dia sangat baik”, jelas Furqan.

Ustaz Azrin tersenyum, Continue reading

Mawar Kecil

Furqan menggerakkan kesepuluh jarinya ke belakang, menyisir rambut di kepala. Ikalnya seketika kusut. Wajahnya pula sedikit sugul. Satu helaan nafas panjang, menandakan kegelisahan hatinya, juga tatapan mata yang hanya berputar-putar tanpa ada titik perhatian yang bererti.

“Aku penat, Azzam” keluh Furqan.

Azzam, sahabat baik Furqan yang sekarang menjadi ‘tong sampah’ menatap Furqan dengan kasihan.

“Kau menyesal?” tanya Azzam.

Furqan mengangkat wajahnya. Matanya menerawang sesaat. Ragu.Keliru.

“Entahlah. Kalau ya sekalipun, untuk apa lagi? Aku tidak mungkin akan meninggalkannya. Semua orang akan mentertawakanku bahkan mungkin ada yang menghinaku, ” keluh Furqan lagi. “ Aku…”

“Dia pilihan kau sendiri. Continue reading

Tasbih-Pengukuh Jiwa

Suatu dakwah yang menyeru manusia kepada Allah, jika ingin terus thabat dan istiqamah, di haruskan bagi kita mendekati pintu istiqamah itu sendiri yang mana jalannya melalui masjid. Demikian menjadi keharusan bagi kita ikhwah akhwat sekalian untuk tetap selalu berdamping dengan masjid. Inilah sebaik-baik bekal untuk jalan yang panjang ini. Para imam terdahulu telah merasai kemanisan ini dan telah menganjurkan hal tersebut dengan tausiyah di mulai dari generasi pertama seperti Abdullah Ibnu Mubarak seperti apa yang di ungkapkan oleh beliau:

”Kerjakanlah dua rakaat sebagai pendekatan diri kepada Allah apabila engkau mempunyai waktu luang dan saat istirahat. Dan apabila engkau berniat akan mengatakan kalimat yang batil jadikanlah Continue reading

Aku diperhati….

Kita perlu SENTIASA SEDAR bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.
SENTIASA INGAT bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.
Jangan lupa, leka, lalai bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

Ini adalah antara cara asas untuk mendapat kekuatan iman.
Ini juga antara cara agar lebih khusyuk dalam ibadah.
Ini juga antara cara agar dapat hindari maksiat.

LATIHlah hati supaya selalu berkata , “Aku sedang diperhatikan oleh Allah”. Continue reading

Kembali

Dan tubuh ini pun tak berasa
Seolah ingin tinggalkan dunia
Namun takkan aku siakan waktu hidupku

Pergilah engkau berputus asa
Kini semua harus berubah
Kegelapan takkan selamanya
Mentari esokkan menyapa

Yang telah lalu biarlah ia berlalu
Kan menjadi hikmah dalam
Perjalananku..
Ooo.. Continue reading

Kesabaran dalam menghadapi kemiskinan

Ujian adalah tarbiyah dari Allah

Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya

Kesenangan yang datang selepas kesusahan

Semuanya adalah nikmat dari Tuhan

 

[Sketsa kehidupan, The Zikr]

 

Dalam manusia menelusuri kehidupan seharian, tidak mungkin akan terlepas dari pelbagai ujian dan cubaan. Betapa Allah SWT begitu menyayangi makhlukNya, setiap dari kita di uji oleh Allah dalam pelbagai bentuk. Ada yang di uji dengan kemiskinan, kesusahan, kematian. Ada juga Continue reading

Sultan Abdul Hameed dan kejatuhan khalifah (3)

Peranan Negara-negara Barat Dalam Menghancurkan Khilafah

Yahudi juga meminta bantuan Britain untuk menjadikan impian mereka suatu kenyataan. Setelah Abdul Hamid II digulingkan pada 13 Mac 1909 maka perjalanan memudahkan penubuhan negara Yahudi di Palestin bermula apatah lagi dengan adanya revolusi Arab yang menentang Othmaniah pada 10 Jun 1916. Pada 2 November 1917 Arthur J Balfour, Menteri Luar Britain dengan persetujuan Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Wilson menjanjikan kepada bangsa Yahudi tanah Palestin sebagai negara mereka kelak. Pada tahun 1917 itu juga, Britain berperang dengan Khilafah Uthmaniyah untuk merampas wilayah Gaza di Palestin. Janji Balfor di atas selari dengan kenyataan pemimpin komunis Rusia, Lenin, sebulan sebelumnya (minggu pertama Oktober) iaitu ketika dia berhasil meruntuhkan (pemerintah) kekaisaran Russia ketika dia berkata: “Wahai Yahudi, sesungguhnya kemenangan kita sudah semakin hampir. Pada hari ini kita telah memegang kekuasaan dunia dengan menguasai Russia. Sebelum ini, Russia adalah tuan kami dan sekarang mereka menjadi hamba kami.” (Dr Abdullah Azzam, Hamas, 14). Maka Continue reading

Ukhwah dan tarbiyah

Ukhwah dan dakwah merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan seperti aur dengan tebing. Ukhwah ibarat minyak kepada sesebuah kenderaan. Tanpa minyak, kenderaan tidak akan mampu untuk bergerak. Begitu juga dakwah, ukhwah ibarat minyak yang akan memacu dakwah. Mungkin perumpaan ini kurang tepat kerana dakwah harus tetap berjalan namun stamina nya akan lebih tinggi dengan adanya sahabat-sahabat yang sama-sama memikul tugas dakwah dan tarbiyah ini. Ukhwah sangta penting dalam menjaga stamina seorang afrod (individu) dalam tarbiyah.

Kadang-kadang kerana kesibukan yang mencengkam sama ada sibuk dengan kerja/studi atau sibuk ‘handle’ program, hak-hak ukhuwah yang seharusnya kita berikan kepada saudara kita terabai. Maka wajarlah apabila kita dapat merasakan sewaktu berprogram, pertemuan rutin menjadi kering tanpa makna. Kosong. Perkara sebegini haruslah diatasi. Sesibuk manapun aktiviti kita, hak-hak ukhuwah harus tetap kita berikan. Lebih-lebih lagi Continue reading